Archive for June, 2009

HP SELAMAT ?

Posted in 1 on June 29, 2009 by haireyhamzah

biocerastone

*BionCerastone EMR Protector ialah produk teknologi canggih abad ke-21 jepun
untuk melindungi anda daripada kesan mudarat pencemaran gelombang
elektromagnet.
*Digabungkan dengan Bio ceramics yang berupaya mengeluarkan tenaga skalar,
sinaran inframerah dan ion negatif, ia menghapus dan meneutralisasikan kesan
buruk gelombang elektromagnet yang berpunca daripada peranti kegunaan harian.
*BionCerastone EMR Protector direka khusus agar mudah digunakan pada
mana-mana bahagian telefon bimbit,tv,komputer,ketuhar gelombang mikro,peti sejuk,penyaman udara dan lain-lain peralatan elektrik.
*Lindungilah diri dan keluarga tersayang anda dan alami ketenangan dengan
BioCerastone EMR Protector.

*Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita.Namun begitu inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia.Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang EMF
(SINARAN ELEKTROMAGNET).
*Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau.Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakkan genetik malah penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.”

ADAKAH IA SELAMAT

Telefon bimbit “Merosakkan sel-sel otak”
*
sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan kuasa tekanan sesama mereka kata para saintis.

Telefon bimbit “Mengubah DNA manusia”
*kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(sumber dari BBC News)

Telefon bimbit boleh mempengaruhi kualiti sprema

*
kata penyelidik jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sprema, demikian menurut penyelidikkan baru daripada cleveland clinic.
(sumber dari CNN)

Kajian: Radiasi dari telefon bimbit merosakkan daya ingatan
*
pendedahan kepada sinaran telefon bimbit memburukkan ingatan jangka pendek,menurut kajian baru di sweden.
(sumber dari the total sweden news in English)

Soalan-soalan lazim

1.Apakah itu E.M.R?
E.M.R merujuk kepada radio elektromagnet,sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit.Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuesi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat.Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi

2.Apakah perbezaan antara gelombang radio dan gelombang mikro?

Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda.Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat.Kini telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar andadapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke satu bilik lain atau di luar.Namun demikian,telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.

3.Adakah telefon bimbit membahayakan?

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit “MENYEBABKAN KEROSAKKAN GENETIK DALAM DARAH MANUSIA”,sementara satu kajian kes lagi mendapati “PENINGKATAN STATISTIK YANG SIGNIFIKAN”bagi tumor otak neuro-eptelium dikalangan pengguna telefon bimbit.
Dalam tahun 2004,satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh karolinska institute di sweden mendapati bahawa pengginaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.

4.Apakah kesan-kesan bahaya dari penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
Ramai pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala,kelesuan,kebas dan kehilangan ingatan .Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain.Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun,saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek(SEHINGGA 50 MINIT) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

5.Bagaimanakah BioCerastone EMR Protector bertindak?
BioCerastone EMR protector dicipta dengan teknologi canggih jepun daripada bahan seramik yang berupaya mengeluarkan tenaga skalar,sinaran inframerah dan ion negatif yang boleh menghapus dan meneutralkan kesan buruk gelombang elektromagnet bagi melindungi anda dan keluarga tersayang daripada ancaman sinar telefon bimbit.

6.Berapa lamakah BioCerastone EMR protector boleh bertahan? Apakah perlu untuk menggantikannya setiap tahun?
BioCerastone EMR protector mengurangkan sinar Frekuensi radio sepanjang jangka hayat selagi ia tidak dirosakkan.BioCerastone EMR Protector tidak boleh dipindahkan ke telefon lain selepas dipasang kerana pelekat 3M tidak dapat melekat lagi selepas ditanggalkan.Oleh itu,gunakan BioCerastone EMR Protector yang baru untuk telefon bimbit yang baru dibeli.

Harga Rm 35 berminat sila hubungi.)012-5812721/0134749821

Advertisements

Jalan-Jalan

Posted in 1 on June 17, 2009 by haireyhamzah

Masa konvo Iqbal

IMG_0007

Ceria….tapi tak konvo lagi..sabaq

IMG_0021

Graduan abad ini

IMG_0032

Ibu Mertuaku

IMG_0038

Hafiy Ansari

IMG_0044

Macam-macam Ada

IMG_0070

Merenung Masa DepanIMG_0075

Buat Apa tueee

IMG_0083

Jalan-jalan

IMG_0098

TAKZIAH

Posted in 1 on June 17, 2009 by haireyhamzah

ammarSalam takziah buat mujahid muda Ammar Zulkifli yang maut kemalangan di Mesir.Semoga ditempatkan bersama-sama mujahid Islam yang lain.Alfatihah.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

WASIAT AL-BANNA: BACALAH AL-QURAN

Posted in 1 on June 16, 2009 by haireyhamzah

“Bacalah al-Quran,tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis-majlis ilmu,dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah (Hasan al-Banna)”

AHAB
Fokus penekanan dalam wasiat Hassan al-Banna berkenaan dengan Al-Quran, bacaan, zikrullah dan pengisian masa dengan program yang mendatangkan manfaat dan menolak kemafsadan atau disebut sebagai perkara yang bermaslahat.

Al-Quran sebagai rakan karib

Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah pada 17Ramadhan di gua Hira’ ketika rasulullah beruzlah dari kepompong kejahilan masyarakat Arab jahiliyyah. Proses penurunan al-Quran berlaku melalui penyimpanan kalamullah di Luh Mahfuz, diturunkan baitul ‘Izzah, seterusnya ke BaitulHaram dan akhirnya diturunkan secara tadarruj (berperingkat) kepada Rasulullah SAW. Al-Quran merupakan sumber rujukan yang paling utama sebagaimana disebut oleh Rasulullah :

” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Assunnah”

Al-Quran mengandungi manhaj lengkap dalam kehidupan manusia dan bersesuaian dengan zaman meliputi unsurfront_cover_preview.jpegbayyinah (penerangan) dalam Al-Quran iaitu taghrib (nikmat dan ganjaran), tarhib(ancaman), tamsil (penceritaan sejarah) dan masail (permasalahan). Imam Al-Banna telah mendoktrin Ikhwanul Muslimin melalui prinsip Ikhwan antaranya ” Al-quran dusturuna” iaitu Al- Quran adalah perlembagaan kami.Al-Quran menjadi asas kepada pergerakan harakah Islamiyyah dari dahulu hingga kini, setiap perancangan tanzim hendaklah didasarkan dan dipandu oleh dasar Al-Quran. Melalui itulah, penggunaan elemen dan sumber lain dalam usul fiqh seperti istihsan, masalih mursalah dan al-uruf yang lebih bersifat semasa dipertimbangkan untuk kemaslahatan umat.Amalan bacaan dan pengkajian kandungan Al-Quran hendaklah dijadikan amalan umat Islam, seperti yang digunapakai dan diamalikan oleh golongan terdahulu seperti golongan qaedah sulbah Rasulullah saw.

“Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya” ( Hassan Al-Banna)

Kelebihan dan mukjizat Al-Quran :

* Gaya bahasa dan susunan kata yang tiada bandingannya
* Realistik dan bersesuaian sepanjang zaman
* Mukjizat teragung kepada Rasulullah saw
* Konklusi kepada keseluruhan kitabullah terdahulu iaitu Zabur, taurat dan Injil
* Sumber keilmuan utama umat Islam, sumber qat’ie ulama’ dalam berhujah dan berijtihad.
* Dan lain-lain lagi kelebihan yang tidak disebut penulis.

Keilmuan budaya pendakwah

Menurut Dr Karim Zaidan didalam bukunya Usul Addakwah menekankan unsur ilmu sebagai elemen khususi yang diperlukan oleh Pendakwah lantaran elemen dakwah terdiri dari tiga perkara iaitu : daei (pendakwah) , Mad’u ( golongan sasaran/ market), dan Maudhu’ ( tajuk/ ilmu yang ingin disampaikan). Imam al-Banna menyeru supaya pemuda pemudi Islam mengisi masa dengan pembudayaan ilmu dengan penyertaan yang aktif melalui majlis keilmuan samada ceramah, seminar, musyafahah watalaqqi , pembacaan dan pengkajian. Hayatilah firman Allah dalam Al-mujadalah (ayat 11).

Pengkajian dan penghayatan ilmu serta zikrullah mampu untuk membuka mata hati. Ianya akan membawa manusia kepada keyakinan yang tinggi kepada Allah serta mampu sanggup melaksanakan rubu’ Islam: Ibadah, Jinayat, Munakahat dan Muamalat. Keyakinan itu ialah menurut Ibnu Taimiyyah ;

* Ilmu yakin : Sesuatu yang didapati melalui pendengaran, pengkhabaran, perbandingan dan pemerhatian.
* Ainul yakin : Sesuatu yang diperolehi melalui apa yang disaksi dan dilihat dengan mata kepala sendiri
* Hakkul Yakin: Sesuatu yang diperolehi bilamana ia sendiri yang terlibat,merasai dan mengetahuinya melalui pengajaran yang diambil.
banna1.jpg

Zikrullah Mainan Lisan

Secara umumnya zikir berasal dari al-zikr yang membawa maksud mengingati. Dalam Istilah syara’ menyebut zikir adalah satu amalan/perbuatan melalui elemen qalbi (hati), qawli (kata-kata) dan fi’li (amal perbuatan) yang menjurus kepada mengingati Allah dan menyedarikeberadaan Allah memerhati dan melihatnya. Maklum diketahui bahawa penglihatan Allah mempunyai sifat melihat dengan tiada mata yang meliputi alam ‘ulwi dan alam sulfi. Sewajibnya setiap gerak langkah dan amalan seharian kita bertunjangkan pemfokusan kepada Allah,itulah disebut ibadah,yang meliputi keseluruhan hidup manusia melalui ibadah umum (sifat dan amalan manusiawi) dan ibadah khusus ( amalan melambangkan taabud kepada Allah).

“Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Disini ada ketenteraman,disini ada kedamaian, Jadilah hamba yang sejahtera” ( Hassan Al-Banna)

CUTI!

Posted in 1 on June 10, 2009 by haireyhamzah

IMG_0101Lama tidak mengupdate  sibuk dengan aktiviti sepanjang cuti sekolah.Bermula kembara ke Shah Alam-Kuantan-Wangsa Melawati-Bangi-Nilai dan balik ke Perlis.Nanti kita akan cerita perjalanan tersebut.Malamni pi Kem Bumi Jati kat Klang atas urusan sekolah……..