Archive for July, 2009

Bukit Kayu Hitam…60 KM

Posted in 1 on July 27, 2009 by haireyhamzah

Semua masih kuat mengayuh berdekatan dengan felda chuping.

DSCI0077

Ust Amir dari Sek Keb Abi senyum keriangan.dah lama tak kayuh ni.

DSCI0075

Abang Zul kita kuat semangat niii……lama tak kayuh terus p Bukit Kayu Hitam.

DSCI0090

Kita minum dulu…jauh lagi ni…

DSCI0091

Merenung masa depan…..

DSCI0094

Tauke perabot dok tengok sars dia saja….

DSCI0103

Nak mai sangat macam ni la jadi….

DSCI0107

Keindahan alam ciptaan Allah

DSCI0113

Tak jauh nak sampai dah….

DSCI0114

Tengah tunggu roti teloq niii…pakat lapaq belaka..

DSCI0116

Duty free BKH

DSCI0128

Kena mai pula lepas nii….

DSCI0131

Perjalanan pulang dok tunggu Bang Zul kita tak

mai lagi…pakat dok main biji getah mengimbau kenangan silam

DSCI0142

Masih mampu senyum….semangat macam ni yang kita mau

DSCI0143

Minggu depan kayuh pula…..

DSCI0147

Kayuhan anjuran Jabatan Kesihatan…Ckg Li bila nak p Bukit nii…

kayuhan kesihatan

Berminat Dengan Crocs

Posted in 1 on July 17, 2009 by haireyhamzah

Berminat dengan crocs dengan harga yang berpatutan……

DoraFlowersKidsCayman_10147_side_699aceBoating_10376_side_462aceGolf_10201_side_060baya_10126_side_001mensSantaCruz_10128_side_261nickelodeonSpongebobKidsCayman_10149_side_447offRoad_10011_side_345olivia_10335_side_255patricia_10386_side_22HtidelineCanvas_10444_side_060womensSantaCruz_10143_side_126maryJanes_10029_side_420malindi_10127_side_410capri_10041_side_060crocs

Jom Bersenam! Nak Tunggu Sakit?

Posted in 1 on July 14, 2009 by haireyhamzah

Amalan2

TIDAK kira tua atau muda, aktiviti mengeluarkan peluh atau bersenam mesti dijadikan amalan. Kesihatan tidak akan terpelihara hanya dengan mengawal pemakanan sebaliknya rutin senaman perlu dilakukan secara sistematik. Aktiviti ringan seperti membersihkan kediaman mampu membakar lebihan kalori.

Sibuk bukan alasan tidak sempat beriadah kerana individu seharusnya memperuntukkan masa untuk melakukan aktiviti menyihatkan. Anda tidak perlu mendaftar menyertai gimnasium atau mengupah jurulatih peribadi, sebaliknya senaman ini dapat dilakukan ketika melakukan aktiviti seharian.

Namun, jika individu berkemampuan sama ada dari segi kewangan atau pembahagian masa, tidak salah memperuntukkan sedikit wang bagi tujuan pendaftaran. Malah ramai berpendapat penyertaan ke pusat senaman adalah semata-mata mahu mendisiplinkan diri dan memastikan mereka tidak culas bersenam.

“Walau dalam suasana Syawal, anda masih boleh mengeluarkan peluh ketika melaksanakan tugasan membersihkan kediaman. Lakukan secara berkumpulan terutama bersama keluarga, selain baik untuk keperluan kesihatan, kerjasama ini mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang,” katanya.

Pembakaran kalori mengikut aktiviti

Aktiviti rutin
# Cuci kereta 45 hingga 60 minit.
# Cuci tingkap atau lantai 45 hingga 60 minit.
# Berkebun 30 minit.
# Tolak kereta sorong anak dua kilometer 30 minit.
# Berjalan dua kilometer dalam tempoh 30 minit.
# Turun naik tangga 15 minit.

Aktiviti sukan
# Volleyball 45 hingga 60 minit.
# Bola keranjang 45 hingga 60 minit.
# Berbasikal lima kilometer dalam tempoh 30 minit.
# Menari 30 minit.
# Berenang 30 minit.
# Lompat tali 15 minit.
# Berlari dua kilometer 15 minit.
# Aerobik air 30 minit.

* Setiap aktiviti yang dilakukan dapat membakar 150 kalori

Sumber: Berita Minggu

Air – berapa banyak yang diperlukan

Posted in 1 on July 14, 2009 by haireyhamzah

air mineralSAMA seperti tubuh orang dewasa, tubuh bayi dan kanak-kanakjuga harus dibekalkan dengan air yang mencukupi. Air begitu penting kerana peranannya yang besar untuk terus melanjutkan jangka hayat manusia. Tanpa air,jangka hayat mungkin terbantut sama sekali. Selain menghilangkan dahaga, ada peranan air yang lebih besar kepada tubuh manusia. Air mengalirkan bekalan oksijen ke seluruh tubuh melalui sistem peredaran darah dan lymphatic. Air juga membantu mengekalkan suhu tubuh. Peluh akan dikeluarkan apabila tubuh menjadi panas dan ia bertindak sebagai penyejuk. la juga membantu melancarkan pergerakan sendi-sendi, menghanyutkan semua bahan kumuh dan mengimbangi kandungan darah dalam tubuh hidupan. Setiap manusia disarankan untuk meminum antara 2.5 hingga 3 liter air sehari. Rasa dahaga yang anda rasai adalah disebabkan berkurangnya jumlah air dalam badan dan meningkatnya kandungan sodium dalam darah. Apabila keadaan ini berlaku amaran dahaga akan dikeluarkan oleh sel hypothalamus otak kepada tubuh. Dalam masa yang sama, darah yang mengalami kekurangan air akan menarik liur dari kelenjar liur ke dalam alirannya. Inilah yang menyebabkan mengapa tekak dan mulut anda kering apabila merasa dahaga. Apabila berlaku kekurangan air dalam badan (dehiderasi) buah pinggang akan bekerja mengikut peraturan sebaliknya. Ia bukan lagi menyerap air berlebihan dan dilepaskan sebagai urin, sebaliknya membekalkan air ke dalam saluran darah untuk menstabilkannya. Inilah yang menyebabkan urin sangat sedikit dikeluarkan oleh mereka yang tidak suka minum air. AIR KOSONG – ia memang pilihan yang paling tepat untuk anda. la boleh diminum sejuk atau suam. Tambah sehiris dua limau untuk menambahkan kesegarannya. SUSU – cara terbaik untuk sumber kalsium, protein dan juga air. Cuba susu rendah lemak yang dikisar dengan buah-buahan kegemaran anda. JUS-JUS – mengandungi banyak vitamin, la sangat baik diambil sebagai minuman permulaan hari anda. TEH – Samada ia daun teh segar, teh kering, teh hitam atau perang, teh sangat baik sebagai minuman kerana ia mengandungi antioksidan. Campurkan sehiris limau nipis untuk menambah kesegaran SUP – sangat baik untuk memulakan waktu makan anda. Campuran herba di dalam sup boleh membantu menyihatkan tubuh. MINUMAN RINGAN – terdapat banyak minuman ringan dalam pasaran. Pilih yang tidak bergas dan berasas buah-buahan. BUAHAN&SAYURAN- banyak buah-buahan dan sayuran yang mengandungi sehingga 80 peratus air. Ambil lima hidangan sehari. MANISAN PENCUCI MULUT- Ais kacang merupakan manisan yang baik, terutamanya bagi menghilangkan kedahagaan anda. TANDA-TANDA KEKURANGAN AIR Kekurangan air akan membuatkan fungsi buah pinggang turut terjejas. Malah kekurangan air juga boleh menyebabkan koma dan kematian. Berikut tanda-tanda yang perlu anda awasi. TANDA AWAL Dahaga, pening kepala, keletihan, kulit kering, kekeringan tekak dan mulut TANDA AMARAN Degupan jantung yang kencang Loya Tekanan darah rendah Lemah badan dan tidak bertenaga Selalu ingin buang air kecil tetapi dalamjumlah yang sedikit TANDA BAHAYA Lemah-lemah otot Lidah dan mulut pecah-pecah Peredaran darah yang teruk Kelesuan yang tidak terkawal Kegagalan buah pinggang berfungi MERANGSANG KEINGINAN UNTUK MINUM Tinggalkan jag atau botol air di atas meja dan penuhkan setiap masa. Jadi apabila tiba keinginan untuk minum, anda boleh segera melakukannya. Minum pelbagai jenis minuman, anda tidak akan bosan dengan minuman yang sama Minum lebih air jika anda banyak bersenam dan berpeluh.

KEPERLUAN AIR UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

1 minggu – 80 -100ml sehari

2 minggu – 125 – 150 ml sehari 1

3 minggu – 140 – 160 ml sehari

3 – 6 bulan – 130 – 155 ml sehari

6 – 9 bulan – 125 – 145 ml sehari

1 tahun – 120 – 135 ml sehari

2 tahun ke atas – 115 – 125 ml sehari

29 JUN…..

Posted in 1 on July 3, 2009 by haireyhamzah

Jutaan terima kasiih kepada mereka yang mengucapkan selamat hari kepada saya….29 Jun genablah 30 tahun hidup di muka bumi Allah ini.Terima kasih tak terhingga kepada isteri yang tersayang….Pn Nusaybah Afra…Marilah sama-sama kita sihat cergas untuk dakwah…..