Jom Bersenam! Nak Tunggu Sakit?

Amalan2

TIDAK kira tua atau muda, aktiviti mengeluarkan peluh atau bersenam mesti dijadikan amalan. Kesihatan tidak akan terpelihara hanya dengan mengawal pemakanan sebaliknya rutin senaman perlu dilakukan secara sistematik. Aktiviti ringan seperti membersihkan kediaman mampu membakar lebihan kalori.

Sibuk bukan alasan tidak sempat beriadah kerana individu seharusnya memperuntukkan masa untuk melakukan aktiviti menyihatkan. Anda tidak perlu mendaftar menyertai gimnasium atau mengupah jurulatih peribadi, sebaliknya senaman ini dapat dilakukan ketika melakukan aktiviti seharian.

Namun, jika individu berkemampuan sama ada dari segi kewangan atau pembahagian masa, tidak salah memperuntukkan sedikit wang bagi tujuan pendaftaran. Malah ramai berpendapat penyertaan ke pusat senaman adalah semata-mata mahu mendisiplinkan diri dan memastikan mereka tidak culas bersenam.

“Walau dalam suasana Syawal, anda masih boleh mengeluarkan peluh ketika melaksanakan tugasan membersihkan kediaman. Lakukan secara berkumpulan terutama bersama keluarga, selain baik untuk keperluan kesihatan, kerjasama ini mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang,” katanya.

Pembakaran kalori mengikut aktiviti

Aktiviti rutin
# Cuci kereta 45 hingga 60 minit.
# Cuci tingkap atau lantai 45 hingga 60 minit.
# Berkebun 30 minit.
# Tolak kereta sorong anak dua kilometer 30 minit.
# Berjalan dua kilometer dalam tempoh 30 minit.
# Turun naik tangga 15 minit.

Aktiviti sukan
# Volleyball 45 hingga 60 minit.
# Bola keranjang 45 hingga 60 minit.
# Berbasikal lima kilometer dalam tempoh 30 minit.
# Menari 30 minit.
# Berenang 30 minit.
# Lompat tali 15 minit.
# Berlari dua kilometer 15 minit.
# Aerobik air 30 minit.

* Setiap aktiviti yang dilakukan dapat membakar 150 kalori

Sumber: Berita Minggu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: